Ibu. Mak. Umi. Mama. Mumy. bundaa.
kau satu dalam sejuta. sungguh besar pengorbananmu buat anak2mu. membesar dan mendidik anak2mu sehingga menjadi insan yang berjaya. di dunia dan di akhirat.
lelahmu mengandungkan ku selama 9 bulan. berperang dalam kesakitan ketika melahirkan ku kedunia. dan pintamu hanya satu "biarlah aku mati Tuhan. asal anakku selamat." mulianya kau ibu. murninya hatimu. kau sanggup mati untuk anakmu. anakmu yang kini banyak menyusakanmu. banyak mengalirkan air mata mu. namun kau masih tabah membesarkanku. mengharapkan aku menjadi insan yang kau impikan.
maafkan kedegilan anakmu ini. maafkanlah jika aku masih tidak bisa membahagiakanmu. maafkanla tiap airmatamu yang mengalir utkku. terima kasih atas kelahiranku ke dunia. jika tidak kerana ketabahanmu, pasti aku tidak akan dapat merasakan nikmat dunia ini. terima kasih atas pengorbanan mu. mencuba utk menbahagiakan anakmu. walau hakikatnya. hanya kau sahaja yang tau betapa payanhnya utk kau mencari sesuap nasi. namun, demi kebahagiaan anakmu. kau buang ketepi segala kepayahan itu.
buat teman yang masih punya ibu, yang masih diberikan kesempatan utk merasai kasih sayang dari insan bergelar ibu, hargailah mereka. gembirakanlah hati mereka semasa hayat mereka masih ada. jadilah seorang anak yang mampu berbakti kepada ibu dan bapanya ketika didunia dan di akhirat. jadilaa anak kebanggaan mereka. selagi peluang kehidupan yang Allah berikan kepada mereka di dunia ini masih ada.
ibu. kau pernah berkata. akulah yang payah utk kau lahirkan. akulah yang susah utk kau keluarkan didunia ini. namun kau masih berusaha utk melahirkan aku. ingin aku merasakan nikmat dunia. dengan keibuan mu ituh. kao tolak tepi segala kesakitan. asal anakmu selamat.
tapi kenapa aku masih menyakitimu?? sedangkan aku tahu hakikat ituh. kenapa aku masih mengalirkan airmatamu?? tidak cukupkah airmatamu yng keluar disaat kau berperang dengan hidupmu utk melahirkan aku???
maafkan aku ibu. akanku cuba utk membahagiakanmu. walau ku tahu penderitaanmu tidak akan bisa utk aku bayar. kaula ibu. umi. mak. mama. mumy buat insan yang bergelar anak. kasih sayangmu satu dalam sejuta. sampai masa bila aku sudah bergelar mak dan umi kepada zuriatku nanti, baru ku sedar betapa besarnya sayang dan kasih seorang ibu kepadanya anakya.
Syukraaan Jazilan buat Mama, Samiah Hj Kadis && Umi, Noraziah Sulaiman kerana kesabaranmu dalam membesarkan putera puteri mu, yntann && zaid yang degil ini. maafkan segala dosa salah dan silap anak2mu ini selama hidupmu.
halalkan setiap titis air susu yg engkau berikan kepada anakmu ini. terima kasih wahai Hawa Allah. =))
0 comments:
Post a Comment