16/02/2010 itu,
mengikat sebuah janji,
walau kau jauh dimata,
walau kau jarang kutemui.
kerana yakinkan agamaku,
kau melangkah datang,
kerana yakinkan agamamu,
janji ini kuserakan.
kutertunduk malu,
kau tersipu dalam senyuman,
ibuku duduk berhadapan,
merancang sebuah penyusunan.
hari hari pertunangan melewati,
bumi semenanjung kau berjuang,
bumi sabah ku menanti,
memburu ilmu demi redha Ilahi.
terpisah jauh dua hati,
laut china selatan merentangi,
tak ternoda ikatan dek murkah Ilahi,
mempertahankan kesucian hakiki.
Ya Allah.
kuatkan kami bermujahadah,
mendamba cintaMU yg terindah,
cinta manusia hanyalah wasilah,
menagih rahmat dan maghrifah.
Ya Allah.
jangan biarkan ikatan kami dicemari,
dengan hasutan dan hasad dengki,
permudahkanla urusan kami,
memeterai sebuah janji.
amin. amin. amin yarabbalalaminn.
0 comments:
Post a Comment