Alhamdulillah, intan baru balik dari 5th time review tadi petang . walaupun sedih sbb hubby tak dapat teman, kuz busy sangat tapi bersyukur juga sbb dapat tengok Rayyan today .
sebenarnya time hubby cakap tak dapat keluar sbb bos dy tak bagi memang rasa sedih . Tuhan jeh twu . sakit sangat . menangis twu . tapi intan faham . hubby memang susah nak keluar . and disebabkan naluri ibu yg excited sangat nak tau gender baby dy intan kuatkan hati juga nak pegi . masa tuh pasan sedih and kecik hati memang tadek utk hubby . sbb intan twu dy dah cuba juga . sbb dy memang org pertama yg sangat2 excited nak twu gender and perkembangan baby dy . if boley every month dy nak ada teman intan .
so that intan call ayah . minta ambik . sampai jeh kat KPJ, intan masuk bilik doctor . cek tekanan darah tinggi and berat yg naik 1kg setiap bulan den scan . masa tuh intan nampak baby da agak besar dah . and alat kelamin dy pon dah boleh nampak . ITS A BOY ! alhamdulillah .
Mama intan act suka baby girl . maybe sbb baju2 baby girl banyak dy nampak cantik2 . tapi dy tak kesah act . boy or girl kami terima. yg penting baby sehat ! amin ! its our baby and akan jadi ahli PMPO family .
Muhd Ziyad Rayyan bin Muhd Zaid, jadi anak yg soleh utk Mama dan Papa yeh syg . jadi anak yg baik dan berguna utk bangsa agama dan negara . Aminnn.
Loves,
PapaMama ..
Monday, May 14, 2012
Baby Rayyan on Board .. !
Posted by CikkYntann at 8:58 AM 0 comments
Friday, May 11, 2012
saya sayang IBU .
walaupun kita ditegah utk menyambut hari ibu pada 13 may pada setiap tahun, namun masih ramai yg menganggap hari terebut adalah waktu dimana paling sesuai buat mereka utk menghargai Ibu mereka . sebagai islam, marila kita bersama2 menjaga akidah kita dari tergelincir . kerna ini juga adalah salah satu usaha kaum yahudi utk menjatuhkan umat islam . bukan hanya 13may sahaja kita boleh menunjukkan kasih sayang kita kepada ibu kita . bahkan di dalam islam kita diajar utk selalu menghargai dan memberi kasih sayang kita kepada ibu kita setiap hari dan sepanjang hidupnya . ituh lah cara kita utk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kita pada ibu kita .
Alhamdulillah, intan juga tidak lama lagi akan menjadi seorang ibu . bukan hanya pada bulan 10 (due date ) ini harus intan merasakan perasaan sang ibu . namun since Allah telah meletakkan benih di dalam rahim intan hasil penyatuan intan dan suami, perasaa keibuan sudah mula terjalin. subhannallah, betapa besarnya dan uniknya kejadiaan Allah ini . boleh menyatukan hati dan kasih sayang ibu dan anak di dalam rahim . dan sesungguhnya intan sedar, inilah juga perasaan ibu intan disaat intan berada di dalam rahimnya .
Intan anak pertama dan ibu intan mengandungkan intan disaat usianya masih mudah . begitu juga intan, mengandung cahaya mata pertama diusia muda .
semoga Allah memberi intan kekuatan dalam mengharungi detik2 menjadi ibu dan disaat intan berjuang melahirkan anak intan nanti seperti mana Allah telah memberi kekuatan kepada ibu intan utk berjuang melahirkan intan di dunia ini . aminnn,
NUKILAN BUAT IBU, Samiah Hj Kadis .
Ibu, jika ini lah yang kau rasakan tika kami berada di dalam rahimmu, kami benar2 menghargai pengorbanan, kasih sayang dan perjuanganmu .. :) semoga kelak tempatmu syurga . aminn, maaf jika kau masih belum merasa kasih syg yg sebenarnya kau harapkan dari anakmu . namun sehingga kini, setelah ak menjadi milik org sekalipun, kau tetap ratu perjuanganku . terima kasih kerana tlh berjuang tk melahirkan ak di dunia ini . terima kaseh Ya Allah kerana meletakkan ak di dalam rahim wanita penyayang ini .
Posted by CikkYntann at 3:28 AM 0 comments
Tuesday, May 8, 2012
Lama tak jumpa ..
Assalammualaikum, ya Allah lamanya tak update blog kan? hee, nak cakap busy tuh, busy jugakla . even tak keje, tapi jadi house wife pon kira banyak keje jugak tau . hee,
Alhamdulillah majlis kawen Intan dan Zaid berjalan lancar dan sangat meriah . thx a lot utk semua family yg bekerja keras utk memeriahkan majlis Intan kat sabah .
Almost 6 month usia perkahwinan Intan dan Zaid and alhamdulillah tak lama lagi Intan akan jadi mommy . syukur, dah almost 5 month dan dijangka kan end of sept intan akan melahirkan cahaya mata, permata hati pertama Intan dan Zaid .
Baru2 ni jugak Intan balik KL w Hubby utk melansungkan majlis kat sana pulak . on 29 April 2012 . haa, mommy to be naik pelamin lagi . kali nih bawa baby sekali . hii . alhamdulillah juga majlis kat situ bejalan sempurna dan lancar . tahniah dan terima kaseh yg sangat banyak utk family yg bekeja keras for our 2nd Ceremony .
dah lama tak menaip ni Intan cam tak pandai dah susun2 ayat . haha, BM dah berterabor .
BTW, now tinggal 1 week jeh lagi baby dah 5month . and Intan teringin sangat nak kongsi first time pregnant mama ni punya feeling . haa, sekarang ni Intan dah boleh rasa denyutan bhagian perut twu? even taklah kerap mana, tapi sometime bila senyap jeh dy akan bedenyut . hii. masa tuh ya Allah, Tuhan jeh twu pasan intan . happy yg teramat sangat . hari2 intan and hubby akan tggu denyutan tuh . Hubby pulak setiap mala akan letak tangan dy kat perut intan sbb nak sangat rasa denyutan tuh .
ylaa, now dy tak berapa active lagi . intan ada baca, bila minggu 20-24, masa tuh dy akan bergiat aktif . macam biras intan, dy dah 6 bulan dan dy slalu cakap baby dy sangat aktif menendang perut sampai nak tido pon susah . ya Allah tak sabarnyaa .
Ya Allah, mudah2an hamba juga dapat rasa apa yg kak mira rasa . aminn, :)
Posted by CikkYntann at 5:17 AM 0 comments